Sudah sampai masanya IPT di Malaysia mengamalkan Program Pra dan Pasca Siswazah secara PJJ secara sepenuhnya. Sekarang ini walaupun kebanyakan IPT menyatakan ianya program PJJ tetapi pelajar-pelajar masih perlu hadir ke kuliah di kampus masing-masing. Jadi jelas ianya bukan PJJ sepenuhnya.
Bagi kita jika benar ianya PJJ sepatutnya pelajar tidak perlu lagi pergi ke kampus menghadiri kuliah. Memadai dengan kuliah secara online melalui video conference dan sebagainya. Sekarang teknologi IT semakin canggih, jadi sudah sampai masanya IPT memanfaatkan teknologi sepenuhnya. Pelajar tidak perlu lagi menghabiskan masa dalam perjalanan dan juga membazirkan wang untuk pengangkutan.
Mungkin mereka hanya perlu berjumpa pensyarah beberapa kali sahaja sehingga bergraduasi.
Hari ini media melaporkan bahawa Naib Canselor UUM, Mustapha Ishak membuat kenyataan bahawa UUM akan meningkatkan perkhidmatan program PJJ melalui teknologi IT. Beliau berharap dengan langkah itu lebih ramai pelajar luar negara akan memilih UUM sebagai hub untuk melanjutkan pelajaran mereka.
Kita tengok nanti apakah benar apa yang dikatakan oleh Naib Canselor UUM ini atau ianya sekadar indah khabar dari rupa.
Gambar sekadar hiasan.
Comments