NOH JUMPA AH JIB GOR UNTUK BODEK

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Noh Omar berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Umno Selangor.


Jelas sekali Noh mahu berjumpa dengan Najib bagi menagih simpati Najib supaya mengekalkan beliau sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor. Noh dan Najib teruk dibelasah Mahathir berhubung 'performance' Umno Selangor yang sangat teruk pada PRU 12 dan 13 lalu.

Apa yang nyatakan kedua-duanya iaitu Najib dan Noh sama sahaja di mana kedua-dua gagal sama sekali meyakinkan rakyat Selangor supaya menyokong BN.

Media melaporkan Noh sebagai berkata pertemuan itu perlu bagi mendapatkan nasihat daripada Najib selaku presiden Umno untuk memperbaiki kelemahan selain berusaha melakukan penambahbaikan dalam parti.

"Bukan tugas yang mudah menjadi pengerusi Umno, ini bukan jawatan yang glamour ... menteri besar (Selangor) itu ya jawatan glamour.

"Buat masa ini saya belum berkesempatan bertemu dengan Datuk Seri Najib, mungkin selepas ini satu pertemuan akan diadakan dengan beliau untuk mendapatkan nasihat apa yang perlu dilakukan bagi perbaiki Umno Selangor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kolokium kepimpinan 2014 di Management and Science University di sini, Rabu.

Noh berkata demikian ketika diminta mengulas teguran Dr Mahathir dalam satu sidang media Selasa terhadap kepimpinan Umno Selangor yang dilihat gagal melaksanakan tugas mereka.

Dr Mahathir sebelum ini turut mengkritik barisan kepimpinan Umno Selangor yang menurut beliau perlu berundur selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) dan PRU13.

"Mengenai itu, Datuk Seri Najib yang akan buat keputusan sama ada kepimpinan Umno Selangor perlu bubar atau tidak ... beliau juga yang melantik saya, jadi keputusan itu beliau yang tentukan," kata Noh.

Comments