PERSEMPANDANAN SEMULA BUKAN LAGI SENJATA BN

Persempadanan semula kawasan pilihanraya seringkali menjadi senjata ampuh BN untuk menang pilihanraya umum. Sebelum ini amat senang untuk BN meluluskan persempadanan baru pilihanraya di parlimen kerana mereka mempunyai majoriti 2/3. Tetapi kini mereka sukar untuk melakukan sedemikian kerana mereka sudah kehilangan keistimewaan itu pada PRU 13 lalu.
Malah pada kali ini juga sukar untuk mereka memecah dan memadankan kawasan-kawasan pilihanraya kerana sokongan semua kaum kepada PR sudah meluaskan dan melepasi sempadan kaum, agama dan budaya

Kalau dulu pada persempadanan 2003 mereka menambahkan kawasan campuran  dengan memperbanyakkan kawasan yang terdiri dari pengundi Cina dan India yang peratusan agak seimbang dengan Melayu tetapi kini mereka tidak berani berbuat demikian lagi kerana ternyata pengundi Cina dan India 70% menyokong PR.

Kini BN tidak ghairah untuk melakukan persempadanan baru kerana mereka pening untuk mencari formula kemenangan melalui persempadanan ini.

Kita tunggu dan lihat apa yang mereka akan lakukan nanti. 

Gambar sekadar hiasan. 

Comments

Unknown said…
Assalam...memang ia bukan senjata, sejak dulu pun bukan senjata tetapi cara UMNOBN memperbodohkan kita. Tidak mustahil UMNOBN memecahkan beberapa DUN/PARLIMEN yang dimenangi dengan majority tinggi utk persempadanan baru kali ini...cuma sekarang kita kena bijak & kuat tidak mahu diperbodohkan lagi.