ROYALTi MINYAK, SABAH DAPAT KELANTAN BAGAIMANA???

Perdana Menteri Najib Razak memberi jaminan bahawa hasil yang bakal diperoleh rakyat Sabah daripada industri minyak dan gas di negeri ini akan terus meningkat pada masa akan datang.

Najib berkata pada masa ini, selain royalti minyak lima peratus, Sabah juga telah diberi kepentingan 10 peratus dalam Petronas LNG Train 9 Sdn Bhd, di Bintulu, Sarawak, yang akan memberi hasil tambahan kepada Sabah dan rakyatnya.

"Sebab itu saya kata, kita boleh minta tetapi kita rundingkan perkara ini, dan kita ada formula supaya Sabah dapat terima lebih daripada hasil minyak dan gas. Perkara ini telah diperjelaskan oleh (Ketua Menteri Sabah) Datuk Musa Aman," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) di sini Sabt
u. 

Kalau untuk Sabah Najib boleh berjanji sedemikian bagaimana dengan royalti minyak Kelantan yang telah lama dinafikan. Apakah Najib memejamkan mata dan memekakkan telinga dengan tuntutan rakyat Kelantan. Apakah Kelantan bukan sebahagian dari Malaysia sehingga hasil mahsul negeri ini dikutip oleh kerajaan pusat tidak dikembalikan sebahagiannya kepada Kelantan seperti yang termaktub dalam perjanjian Petronas dan kerajaan Kelantan.

Gambar sekadar hiasan



Comments

Fakirulkhoir said…
Penafian royalti minyak untuk negeri Kelantan secara terang2an sudah lama berlaku. Ia mendapat kerjasama dan sokongan banyak pihak termasuk agensi2 tertentu. Namun terdapat juga sokongan Dari rakyat Dan pemimpin negeri Kelantan sendiri. INI terbukti apabila UMNO meraih kemenangan mudah di prk P. Kubur. Sokongan secara tidak ketara juga datang Dari pemimpin Pas, jelas sekali terutamanya dalam kemelut MB Selangor apabila trdapat ura2 untuk menubuhkan 'unity government'. INI berlaku sungguhpun Islam menyeru umatnya menentang kezoliman dengan tangan, lisan atau dgn hati, Dan Islam juga menegah umatnya cenderong pada orang2 yg zolim. Akhir qolam, saya menyeru diri saya Dan sekalian pembaca supaya berpegang kuat2 kepada tali Allah Dan janganlah kita bercerai berai.
jit_tontoya said…
Nantang hanjing sunghuh kerajaan pusat nih