AHLI DAN PEMIMPIN UMNO MESTI SERTAI BERSIH 4.0

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Saifuddin Abdullah pula berpandangan BERSIH 4 dilihat sebagai satu perhimpunan rakyat yang wajar disertai oleh semua parti politik terutamanya Umno.
Menurutnya, Umno perlu menjadi sebuah parti politik yang lebih komprehensif bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.
"BERSIH 4 sebahagian daripada proses demokrasi matang dan progresif. Jadi ia harus disokong oleh semua parti politik termasuk Umno dan BN.
"Umno perlu jadi parti politik yang lebih kompetitif kerana pilihan raya akan datang akan lebih kompleks.
"Umno tak boleh ke pilihan raya ke-14 dengan paradigma lama. Mesti pergi dengan perjuangan yang ditambah dengan
satu harapan dan wacana baru," katanya lagi
Beliau berkata demikian dalam forum anjuran Malaysiakini yang bertajuk '1MDB: Protes Rakyat atau Dewan Rakyat'.


Ulasan : Kami amat bersetuju dengan pandangan Saifuddin ini, ianya menggambarkan keterbukaan beliau dalam menghadapi situasi sukar negara dan rakyat Malaysia kini. Pemimpin Umno seharusnya mempunyai pandangan seumpama ini bagi menunjukkan bahawa mereka sudah berubah dan terbuka untuk membuat perubahan.

Comments