.

.

28 August 2015

BEKAS TIMBALAN PENGARAH SB ANAK JANTAN TIDAK TAKUT ADA UGUTAN

Berani kerana benar takut kerana salah. Itu adalah bidalan orang Melayu yang sememangnya dan sewajibnya diamalkan oleh orang Melayu jika ingin bangsa dan agamanya maju. Bukan menikus dan kecut perut bila digertak walaupun diri sendiri tahu kesalahan dan kezaliman pihak tertentu terhadap rakyat dan sesiapa sahaja.
Sikap bekas  timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador wajib dicontohi di mana beliau berani mengeluarkan kenyataan yang sinis dan benar walaupun diugut oleh bossnya. 
Bekas timbalan pengarah Cawangan Khas (SB) Datuk Abdul Hamid Bador menyatakan bahawa beliau tidak takut kepada mana-mana pihak atas tindakannya yang mengeluarkan kenyataan kepada pihak media berhubung pertukarannya.
Abdul Hamid juga memberitahu bahawa beliau tidak akan tunduk pada pihak yang juga cuba untuk menakut-nakutkannya.
"Sejara jujur, saya sedikitpun tidak gentar. Insya-Allah, saya tidak takutkan sesiapa," katanya sewaktu dihubungi Malaysiakini malam tadi.
Abdul Hamid diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa beliau akan diberi surat tunjuk sebab untuk memberi penjelasan berhubung tindakannya mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung pertukarannya baru-baru ini.
Katanya, beliau akan memberi penjelasan apabila menerima surat tunjuk sebab itu.
Abdul Hamid memberitahu, beliau sedang bercuti dan akan memulakan tugasnya semula pada awal September ini.
"Bila saya terima (surat tunjuk sebab) nanti, saya jawab. Tunggu saya masuk pejabat dulu 2 September ini. Sekarang saya masih pegawai polis tanpa portfolio," katanya.
Menurut Abdul Hamid, beliau juga sudah bersedia untuk menerima apa sahaja hukuman terhadap dirinya termasuk kemungkinan disingkirkan sebagai kakitangan kerajaan.
"Sudah tentu saya akan menerima apa sahaja bentuk hukuman. Saya seorang polis. Saya akan menjunjung tinggi maruah itu," ujar beliau.
Pada masa yang sama, Abdul Hamid turut mengesahkan bahawa pertemuan di antara beliau dan Khalid sememangnya berlaku.
"Ya, seperti mana yang IGP cakap," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butir-butir dan hasil pertemuan itu.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter