Pelbagai tohmahan dan fitnah dikemukakan kepada Gerakan Harapan Baru (GHB), samada oleh parti politik pembangkang lain, Umno/BN mahupun orang perseorangan.
Terbaru GHB dituduh ingin merompak parti KITA. Namun tuduhan itu dinafikan oleh Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad. Jelas sekali ramai yang tidak senang dengan keujudan GHB dan parti baru yang bakal ditubuhkan tidak lama lagi.
Ini merupakan petanda baik bahawa GHB dan parti baru tersebut akan mendapat sambutan ramai. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada GHB antaranya serpihan, pengkhianat, tak kekal lama, 2 tahun mati, munafik dan macam-macam lagi.
Ini merupakan petanda baik bahawa GHB dan parti baru tersebut akan mendapat sambutan ramai. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada GHB antaranya serpihan, pengkhianat, tak kekal lama, 2 tahun mati, munafik dan macam-macam lagi.
Semalam Gerakan Harapan Baru (GHB), menafikan dakwaan akan mengambil alih Parti Kesejahteraan Tanah Air (KITA).
Setiausahanya Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan untuk mengambil alih parti yang sebelum ini diasaskan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim itu.
"Kami (GHB) tak cakap pun akan ambil parti KITA. Jadi tak ada apa-apa saya nak komen," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Hari ini, Setiausaha Agung parti KITA Azmi Othman dilapor membuat laporan polis kerana mendakwa ada pihak tertentu cuba mengambil alih parti tersebut.
The Star Online melaporkan, Azmi mendakwa ada orang luar yang kini mendakwa dirinya sebagai presiden baru parti KITA, namun enggan menamakan individu terbabit.
“Saya mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila ada dakwaan yang mengatakan GHB berhasrat ambil alih parti KITA.
"Tetapi tidak seorang pun daripada mereka yang hendak ambil alih parti pernah menghubungi ketua kami Masrum Dayat atau saya," Azmi dilaporkan sebagai berkata.
Jawapan ROS
Harian berbahasa Inggeris itu juga melaporkan ROS mengesahkan GHB tidak mengemukakan apa-apa permohonan untuk menubuhkan parti baru.
Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Azmi, Dzulkefly berkata ia hak beliau untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, kata Dzulkefly, KITA tidak akan "dicuri" memandangkan tiada sebarang perbincangan rasmi dibuat antara GHB dan jawatankuasa parti berkenaan.
"Kalau dia seorang setiausaha, dia mesti bawa perkara ini berbincang dengan jawatankuasa pusat dia. Kalau dia bertindak sorang-sorang seperti dia seorang sahaja yang memiliki parti, pada kami, biar dia selesaikan masalah rumah tangga dia dulu.
"Apa yang disebut Azmi itu ialah kerana dia terlalu gusar, takut, cemas sebab apa yang sebetulnya, parti itu tidak akan dicuri orang kalau tiada perbincangan rasmi dalam jawatankuasa pusat mereka," katanya.
Dzulkefly berkata lagi, berdasarkan kenyataan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang tidak menerima permohonan bagi menubuh parti baru oleh GHB, jelas menunjukkan Azmi sedang “mengigau”.
"Kalau benar nak ambil, tentu ROS dah beritahu. Dia itu mengigau ke? Jadi saya tak mahu komen apa-apa kerana kita tak ada urusan rasmi antara organisasi dan organisasi pun.
"Malang kalau dia sebagai setiausaha bercakap dengan media seperti menunjukkan bahawa parti itu tidur dan tak ada buat apa-apa kerana sebagai sebuah parti, ia perlu hidup dengan pelbagai kegiatan dan aktiviti," ujar Dzulkefly lagi.
Comments