Hebatnya negara kita. Apa sahaja yang tidak sehaluan dengan kerajaan akan disekat dan diambil tindakan. Malaysia sudah menjadi negara yang hebat. Sesiapa sahaja yang tidak berperangai 'Yes Man' akan menerima padah. Sesiapa yang mengkritik akan ditukar, dihantar ke 'bilik sejuk beku', disuruh berhenti atau akan menerima seribu satu macam tindakan. Sebab itu ramai yang tidak berani bersuara walaupun kekejian dan kesalahan berlaku di hadapan mata.
Apa juga saluran maklumat yang tidak sealiran dengan kerajaan BN akan disiasat, disekat dan diambil tindakan. Maka manusia akan menjadi manusia 'Yes Man', media menjadi 'Media Badut', pihak berkuasa juga menjadi 'Yes Man' atau hanya berdiam diri tidak menyatakan kebenaran.
Semalam sekali lagi media negara kita 'diceroboh'. SKMM akan mengambil tindakan ke atas laman yang mempromosi Bersih 4.0.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata keputusan yang diambil SKMM itu tepat memandangkan perhimpunan berkenaan tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.
"Jadi sekiranya mana-mana pengguna laman sesawang di luar sana yang cuba 'posting' apa-apa untuk menarik pelayar internet menghadiri perhimpunan itu, SKMM tidak teragak-agak untuk menutup (laman sesawang) dan PDRM juga tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan," katanya yang ditemui media di luar persidangan dan pameran tahunan KL Converge! 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, keputusan yang dibuat oleh SKMM itu dibuat susulan perbincangan bersama Jabatan Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia.
Oleh itu, katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan mana-mana laman sesawang yang menjemput mereka hadir ke perhimpunan berkenaan.
SKMM dalam kenyataan berkenaan turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman sesawang dan media sosial, terutamanya kandungan yang boleh menyalahi undang-undang negara. – Bernama, 27 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/portal-media-turut-disekat-jika-promosi-bersih-4-kata-jailani#sthash.RbhvGGPm.dpuf
Comments