BERANIKAH NAJIB PECAT MUHYIDDIN SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN UMNO

Najib sudah hampir pasti akan memecat Muhyiddin dari jawatan nombor 2 Umno. Anak Tun Razak itu sudah pasti yakin tiada sebarang protes atau bantahan akan dibuat oleh ahli Umno jika Muhyiddin dipecat sebagaimana pemecatan Muhyiddin sebagai TPM baru-baru ini. Paling hebat pun penyokong-penyokongnya hanya berkumpul di rumah Muhyiddin, hanya sekadar berkumpul sahaja.
Namun ada sumber-sumber dalaman Umno Johor menyatakan bahawa hampir 100 cawangan UMNO di Johor akan dibuburkan sekiranya Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada UMNO.
Menulis melalui entri terbaharu blognya, bekas Naib Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, perkara itu disahkan sendiri seorang pemimpin UMNO negeri itu.
“Terdengar ura-ura beliau (Muhyiddin) akan dipecat pada 9 September ini, kemungkinan yang berlaku di Johor barangkali di luar jangkaan jika pemecatan itu benar-benar berlaku.
“Ini bermakna, dengan UMNO Johor mempunyai 26 bahagian, pemecatan Muhyiddin bakal melumpuhkan kira-kira 100 cawangan di negeri itu.
“Seorang pemimpin UMNO Johor yang enggan namanya disebut memberitahu, banyak cawangan UMNO di negeri itu akan dibubarkan jika Muhyiddin dipecat pada mesyuarat MT UMNO 9 September nanti,” tulisnya di Shahbudindotcom.
Dia berkata, pemimpin tersebut menjelaskan tindakan itu dibuat sebagai tanda protes terhadap ketidakadilan dilakukan keatas Muhyiddin memandangkan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan sebaliknya mahu menegakkan kebenaran untuk menyelamatkan UMNO.
Shahbudin berkata, mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) pada 9 September ini merupakan penentu masa depan politik Muhyiddin dalam UMNO.
“Jika beliau dipecat, maka berakhirlah sejarah panjangnya bersama parti itu, tetapi kiranya tiada sebarang tindakan dalam mesyuarat itu nanti, bererti selamatlah masa depannya dan kekallah beliau dengan jawatan nombor dua itu sehingga pemilihan UMNO seterusnya,” katanya.
FMT

Comments

Unknown said…
Jangan cakap kosong jer mcm hang tuah...pasti cawangan cawanganni berani macm hang jebat....gwa ingatkan jer.....cawangan tin kosong bsnyak kat parti ni...hweeeeeheee