.

.

23 February 2012

ABU bukan sebarang ABU dilancarkan ESOK


Masjid Tanah : Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Cawangan Melaka, Zuraidi Abdullah berkata NGO Asalkan Bukan UMNO/BN (ABU) diwujudkan adalah untuk menyedarkan rakyat mengapa kerajaan Umno/BN yang melakukan pembaziran dan penyelewengan mesti ditolak pada Pilihanraya Umum akan datang.

"Ceramah Pelancaran ABU (Asalkan Bukan UMNO/BN) peringkat negeri Melaka akan diadakan pada 24 Feb ini bagi menyeru rakyat bangkit menentang UMNO/BN dari terus melakukan pembaziran sehinggakan menjejaskan kehidupan rakyat"

"Pembaziran ini berlaku ketika rakyat dipaksa untuk berhemah dalam berbelanja. Pembaziran ini juga menjadi punca ketirisan selain membantu kedudukan indeks rasuah negara mencecah paras terburuk dalam sejarah." ujar Zuraidi pada Sidang Media di Pejabat PAS Masjid Tanah di sini semalam dipetik dari blog PAS Melaka, pasmelaka.blogspot.com.

Ditanya tentang tindakan ala samseng penyokong parti tertentu di Melaka baru-baru ini, beliau melahirkan rasa kecewa dengan tindakan penyokong Umno yang bertindak ala gangsterism dan melakukan vandalisme terhadap program Pakatan Rakyat dan terhadap penyokong Pakatan Rakyat dan premis-premis kepunyaan Pakatan Rakyat di Melaka.

"Melaka juga tidak kurang hebatnya kebiadaban penyokong UMNO/BN secara jelas dan terbuka menyerang program Pakatan Rakyat seperti yang telah diadakan di Gadek dan Hutan Percha pada 12 Februari yang lepas sehingga berlaku pergaduhan kecil.

"Tidak cukup dengan itu, dengan biadapnya penyokong UMNO/BN mengganggu program Pakatan Rakyat dengan membuat bising seperti deruman motosikal dan memasang CD ceramah di sebelah program Pakatan Rakyat semata-mata ingin membuat provokasi" tambah Zuraidi.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang turut dihadiri pimpinan PAS Kawasan Masjid Tanah yang diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Imran Abdul Rahman; Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Julasapiyah Kassim dan Setiausaha PAS Kawasan Asri Shaik Abdul Aziz dan pimpinan Pakatan Rakyat serta wakil ABU.

ABU akan mengadakan majlis pelancaran  peringkat negeri Melaka di Pejabat PAS Kawasan Masjid Tanah di Hujan Panas, di sini jam 9.00 malam esok. Antara pimpinan yang akan menyampaikan ucapan ialah Pengerusi SAMM, Cikgu Badrul Hisham Shaharin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter