Utusan 'sedekah' duit pada Anwar?

Akhbar pencacai Umno, Utusan memang sebuah akhbar yang 'pemurah' sebab itu ia suka menabur fitnah. Bila orang yang difitnah saman dan Utusan kalah, akhbar pencacai ini terpaksa membayar sejumlah wang kepada orang yang difitnah. Hebat sekali Utusan memang pemurah.


Ketua Pengarang, Editor dan sesiapa yang terlibat dengan fitnah ini sememangnya tidak takut kepada dosa memfitnah yang besarnya lebih hebat dari membunuh. Bayangkan selagi fitnah itu terlekat pada pemikiran pembaca dan pembaca memanjangnya fitnah itu kepada orang lain, maka rantaian dosa itu terpaksa ditanggung ...........masya Allah. Macamana nak minta maaf tu????


Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan notis saman menuntut bayaran RM50 juta daripada akhbar Umno Utusan Malaysia ekoran laporan semalam yang mendakwa ketua pembangkang itu menghalalkan homoseksual.

Ianya merujuk kepada laporan muka depan akhbar itu yang bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” yang memetik kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Antara lain laporan berbunyi, "Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut."

"Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam Negara."

Selain laporan itu, Anwar juga merujuk kepada laporan akhbar Umno itu yang bertajuk "Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak" yang memetik kenyataan Hasan sebagai berkata, "Inilah salah satu sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar lbrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar lbrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homoseksual dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malaysia, saya rasa masyarakat akan bergolak dan berpecah. Saya nampak kekacauan akan berlaku. Ini pandangan saya. Sebenarnya, pandangan Anwar lbrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu sahaja."

Utusan melalui edisi Mingguan Malaysia sebelum ini juga dengan tajuk “Anwar ulas isu gay” mendakwa, Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

Sedangkan menurut banyak pihak, dalam temubual itu Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”

Ekoran laporan yang disifatkan berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik itu, Anwar semalam menghantar notis tuntutan kepada pengurusan Utusan Malaysia.

Anwar yang diwakili syarikat guaman Edwin Lim, Suren & Soh menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Dalam tuntutannya, Anwar menuntut akhbar Umno itu menarik balik segala laporan palsu dan menyiarkan permohonan maaf terhadap dirinya di muka hadapan akhbar itu.

Anwar juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam bermula semalam kepada Utusan untuk berbuat demikian.

Comments