Kerajaan 1Malaysia melaung-laungkan betapa pemurahnya mereka apabila memberikan bantaun one-off sebanyak RM500 Ahad lalu. Mereka tidak sedar bahawa rakyat hari ini sudah cerdik dan mempunyai pemikiran yang terbuka dan ke depan. Walaupun mereka berduyun-duyun datang menerima duit tersebut mereka sebenarnya sedar bahawa itu adalah hak mereka bukan hak BN. Duit itu bukan duit BN tetapi duit rakyat hasil dari cukai yang dibayar oleh rakyat dan hasil negara.
Pemimpin BN jangan pula merasakan itu duit mereka. Rakyat tahun 60-an dan 70-an boleh ditipu tetapi bukan rakyat di era sekarang.
Jika kita buat pengiraan kita dapati RM500 ini diberi dalam 5 tahun sekali (inipun baru kali pertama). Maknanya RM100 setahun (365 hari). Atau sehari hanya 28 sen. Cukupkah perbelanjaan 28 sen sehari. Berbaloikan 28 sen sehari dengan harga barangan semakin meningkat, harga minyak tidak turun-turun dan sebagainya.
Berbaloikah 28 sen jika satu hari kita makan nasi, beli minyak kenderaan, guna air, elektrik dan sebagainya. Berbaloikah 28 sen dengan perbelanjaan kita membeli ikan dan sayur, bayar tambang bas sekolah anak, bayar buku dan pelbagai yuran di awal tahun persekolahan dan segala macam bayaran yang terpaksa ditanggung oleh semua rakyat. Setahun sekali pula terpaksa bayar road tax kereta dan motorsikal padahal di negara-negara lain road tax yang hanya dibayar sekali bagi sebuah kenderaan.
Adalah lebih baik kerajaan mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat pada jangka panjang antaranya menurunkan bil air, tarif elektrik, menurunkan harga minyak, menurunkan cukai yang tidak munasabah, mengkaji kadar tol dan sebagainya. Itu adalah lebih bermakna dari memberi sebanyak 28 sen sehari untuk 5 tahun sekali.

Comments