BERSIH 3.0 JADI KENYATAAN, PAK SAMAD JADI KETUANYA?

Datuk A Samad Said akan dilantik sebagai pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dilihat akan memberi tekanan dalam menuntut transformasi pilihan raya negara.

Pengerusi Bersih Datuk S. Ambiga mengesahkan pelantikan itu kepada The Malaysian Insider, menambah satu pengumuman rasmi akan dibuat hari ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH).

“Ya. Saya sahkan mengenainya tetapi kami juga akan mengumuman lain,” katanya apabila ditanya sama ada pelantikan Samad sudah dibuat secara rasmi atau tidak.

Samad, Sasterawan Negara berusia 76 tahun ini yang mencipta fenomena baru semasa Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu bagaimanapun enggan menjawab persoalan itu, sebaliknya mengulas sedang sibuk dengan “rancangan utama” Bersih.

“Saya tidak boleh hendak memberikan sebarang komen mengenai perkara itu tetapi akan ada satu pengumuman, elok anda datang dan dengar sendiri,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.



Blog ini yakin jika Pak Samad dilantik menjadi Ketua Bersama akan lebih ramai rakyat yang akan bersama dengan Bersih 3.0. Majoriti rakyat Malaysia akan bersama Bersih 3.0 menuntut reformasi terhadap sistem pilihanraya negara kita yang masih belum telus dan professional.

Comments

Anonymous said…
setuju samad said jadi
ketua perhimpunan bersih 3.0.
patut juga dilantik dalam ajk
mat sabu.
hishamuddin rais.
cikgu bard.
tian chua.
dan jangan lupa adam adli.
jika mereka ni pimpin
gerenti 1 juta akan hadir di kl.
ini sudah tentu peningkan igp ismail omar.
kita tengok cara mana dia nak handle?