Umno DAPAT 'askar' BARU?


Dewan Pemuda PAS Selangor menasihatkan Datuk Dr Hasan Ali agar “muhasabah diri” tentang pemecatannya dan bukan menyalahkan orang lain sehingga sanggup mendakwa wujud “parasit” dalam parti Islam itu.
Sayap pemuda parti itu juga menasihatkan Hasan agar memohon maaf kepada kepimpinan PAS dan jangan sesekali menggadai maruah diri dan menjadi kuda tunggangan Umno-Barisan Nasional (BN).
“Janganlah disebabkan oleh kehilangan jawatan dan kuasa menyebabkan maruah diri sanggup digadaikan dan diperkudakan oleh Umno-BN,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan.
Beliau berkata Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS negeri sepatutnya menerima keputusan pemecatannya dengan hati terbuka.
“Sekiranya wujud parasit dalam PAS seperti yang disebut (Hasan), maka sewajarnya beliau membuat laporan kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk diambil tindakan susulan dan bukannya menjaja di dada-dada akhbar semata-mata untuk mengharapkan simpati.
“Sebagai orang yang pernah memegang jawatan tinggi di dalam PAS dan berpengalaman sebagai seorang ahli motivasi, Datuk Hasan sepatutnya berjiwa besar untuk menerima teguran dan keputusan parti serta mengikut prosedur parti untuk merayu keputusan pemecatan beliau,” katanya yang blog ini petik dari Malaysiainsider
Bagaimanapun Mohd Sany menambah: “Tetapi beliau (Hasan) telah menunjukkan belang sebagai seorang yang egois, degil, sombong dan tidak boleh dikawal oleh peraturan parti.”
Semalam Hasan, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berkata akan menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penjelasan sebenar tentang pemecatannya selain mahu mendedahkan kumpulan “parasit” dalam PAS yang didakwanya telah memesongkan parti itu daripada landasan perjuangan Islam.

Kita percaya Hassan akan terus mendapat keistimewaan untuk keluar dalam TV dan media pencacai Umno bagi memburuk-burukkan PAS dan PR. Beliau menjadi Kuda Tunggangan Umno yang baru. Peranan beliau ini hanya sementara sahaja. Habis madu sepah dibuang seperti juga bekas-bekas pimpinan PAS terdahulu yang pada awalnya diarak ke sana ke mari selepas itu sunyi sepi tanpa berita.

Comments

Anonymous said…
KALAU MCM NI LA PERANGAI HASSAN ALI YG DIKENALI RAMAI SEBENARNYA BELIAU BUKAN PAKAR MOTIVASI TAPI PAKAR PUTAR ALAM............