Caj RM2 satu bilik : Kerajaan Negeri Melaka mengemis?


Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Melaka, Aizat Baharuddin berkata pemansuhan caj warisan 5% oleh kerajaan Melaka dan di gantikan pula dengan caj bayaran RM2 satu bilik untuk satu malam merupakan suatu tindakan bagaikan pengemis.

"Langkah itu bagaikan memerah duit rakyat setelah membeli 1.76juta Kincir Angin berkebolehan 'tidak berpusing', RM8 juta Eye on Malaysia yang lesap tinggal tapak kerana hutang, monorel 15juta yang mampu bergerak sambil 'berhenti-henti' akibat kerosakan, Kapal Selam RM12.6 juta yang mampu terapung di atas tanah...dan lain-lain"

"Mungkin Melaka sudah tidak ada duit maka terpaksalah caj ini dikenakan"ujar Aizat.

Sementara itu Blog Pemudabukitkatil pula menyatakan bahawa Ketua Menteri Melaka boleh diibarat seperti pengemis yang melukut ditepi gantang dengan mengenakan caj RM2 walaupun telah memansuhkan cukai warisan sebanyak 5% yang telah berkuatkuasa pada 1 Oktober 2011 yang lalu namun cukai tersebut tidak diendahkan oleh pengusaha hotel.

Tindakan mengenakan cukai sebanyak 5% itu membebankan kepada mereka yang menginap. Jika Melaka benar-benar negeri maju, mengapa perlu ada caj warisan? Kerajaan Melaka selalu membuat perbandingan dengan Kerajaan Kelanatan namun kerajaan Kelantan tidak pula mengenakan caj warisan seperti yang diwar-warkan oleh Ketua Menteri Melaka bahawa Kelantan negeri yang mundur.

Peliknya negeri maju ada caj warisan. Adakah caj tersebut semat-mata untuk menampung hutang kerajaan Melaka yang kian menggunung atau untuk diisi dalam kocek pemimpim dari parti yang memerintah? Jika benar-benar maju, tidak perlu adakan caj warisan atau kutipan RM2 ini. Ia mencerminkan kerajaan pimpinan Ali Rustam makin kekurangan duit.

Mohd Ali berkata, pengusaha perlu menjelaskan caj tersebut setiap bulan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAJ), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ). 

Beliau berkata, satu Jawatankuasa Pelaksanaan Caj Warisan akan ditubuhkan bagi melicinkan proses pelaksanaan caj berkenaan.

Satu kenyataan Ketua Menteri yang tidak konsisten dan seperti lidah biawak adalah tindakan menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Caj Warisan sedangkan beliau sendiri yang menghapuskan caj warisan dan mengapa perlu diwujudkan jawatankauasa pelaksaan ini. Ini membuktikan mereka tetap akan laksanakan tapi dengan cara lain.

Ia seperti istilah menginap pada pandangan Ketua Menteri Melaka, "Kami tidak akan menginap dihotel tetapi akan menginap di rumah". Ini bermaksud walaupun tidak menginap dihotel ia tetap menginap dirumah. Tetapi pada masa yang sama akan cuba masuk hotel walau tidak menginap. Inilah cakap-cakap pemimpin yang tidak bertamadun

Comments