ISYTIHAR HARTA: NAZRI MEMBODOHKAN DIRINYA SENDIRI

NONE
Menteri yang menjaga undang-undang pula cuba memperbodohkan rakyat yang tidak bodoh. Tindakan beliau itu sebenarnya hanyalah membodohkan dirinya sendiri.

Amalan mengisytiharkan harta ini sudah lama dilakukan oleh kerajaan-kerajaan negara luar bagi menmbuktikan mereka bersih.

Tiba-tiba menteri Haji Najib ini mengeluarkan kenyataan dangkal untuk menunjukkan dirinya dan bossnya tidak cerdik. Rakyat akan memperbodohkan menteri ini kerana kenyataan bodohnya.


Mengisytiharkan harta dan aset milik menteri dan ahli keluarga terdekat mereka kepada orang ramai adalah sesuatu yang tidak patut dilakukan kerana boleh membahayakan mereka,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang dipetik dari Malaysiakini hari ini.

Apakah Nazri tidak sedar rakyat hari ini sudah cerdik dan tidak bodoh seperti zaman batu. Rakyat hari ini sudah celik IT dan banyak ilmu. Janganlah Nazri cuba membodoh-bodohkan kita semua.

"Jika kita umumkan butirannya kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan.

"Ini khususnya, jika ia juga membabitkan butiran peribadi mereka,” kata Nazri pada sidang medianya di Putrajaya.

Ditanya mengenai ‘bahaya’ yang dimaksudkannya, beliau berkata pendedahan harta dan kekayaan seseorang kepada umum mungkin mengundang bahaya jika orang luar tahu mengenai tahap kekayaan dan aset yang dimiliki mereka.

Nazri bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut perkara berkenaan.


Kita semua tahu menteri-menteri dan pemimpin BN sebenarnya takut untuk mengisytiharkan harta masing-masing kerana takut timbunan harta mereka diketahui rakyat. Bila rakyat tahu harta mereka tidak sepadan dengan pendapatan mereka sudah tentu rakyat sedar bahawa pemimpin-pemimpin ini tidak lain hanyalah ingin mengumpulkan kekayaan.

Jangan bodohkan diri sendiri, walaupun niat kamu hendak membodohkan orang lain.

Comments

Anonymous said…
Inilah yang marah sangat kat pembangkang ni.Ada ke seorang menteri yang cerdik pandai sehingga habis licin rambut atas kepala kerana memikirkan kesusahan rakyat di katakan memperbodohkan dirinya sendiri.Sebenarnya dialah yang memang SEORANG YANG PALING BODOH..kah kah kah kah
Anonymous said…
macamana orang yang tahap pemikiran macam ni boleh jadi menteri..? agaknya yang lantik dia jadi menteri tu lebih teruk dari dia lagi..