BERSEDIALAH UNTUK TERIMA 'BALA' DARI BN

Setiap hari media pengampu BN seperti Utusan Meloya, Berita Hairan, TV 3 Suku, RTM (Radio TV Moyang BN) dan lain-lain memainkan 'lagu-lagu' untuk menghalalkan kenaikan harga minyak. Pelbagai alasan dicipta untuk memutarbelitkan fakta bagi mengelakkan rakyat menolak hasrat kerajaan Barang Naik (BN) untuk menaikkan harga minyak.

Hari ini di dalam Utusan Meloya (UM), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata melalui mekanisme baru yang akan diperkenalkan kelak subsidi diubah ke peringkat jualan daripada di peringkat pengeluaran sekarang.

Mekanisme baru ini antara lain akan memperkenalkan sistem di mana ianya akan mengikut kemampuan pengguna. Kemungkinan pengguna yang pendapatan mereka tinggi akan dikenakan dengan harga pasaran dan pengguna berpendapatan rendah akan mendapat subsidi.

Begitulah cerdiknya kerajaan Barang Naik (BN) yang cuba mengelirukan rakyat.

Lebih malang dari itu kerajaan Barang Naik (BN) nampaknya lebih suka menjaga kebajikan syarikat berbanding kebajikan rakyat. Utusan Meloya hari ini menggunakan pandangan seorang Pensyarah UUM, Haim Hilman Abdullah untuk mengukuhkan hujah bagi menaikkan harga minyak.

Hilman dipetik sebagai berkata bahawa jika subsidi minyak tidak diberikan kepada syarikat-syarikat kecil termasuk yang terlibat dalam industri kecil dan sederhana (IKS), ada kemungkinan banyak syarikat terbabit terpaksa gulung tikar.

Menurut beliau, adalah sukar bagi syarikat-syarikat itu meneruskan operasi atau bersaing di pasaran terbuka jika kerajaan tidak memberikan subsidi minyak.

‘‘Tanpa subsidi kerajaan, secara tidak langsung kos operasi dan pengeluaran akan meningkat hingga mengakibatkan barang-barang yang dijual juga mengalami kenaikan harga.

‘‘Syarikat terbabit tidak akan mampu untuk bersaing dengan syarikat multinasional di pasaran terbuka yang masih menawarkan harga yang rendah dan ini memaksa mereka menutup operasi,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Meloya di sini hari ini.

Itulah bukti bahawa kerajaan BN lebih menjaga kebajikan syarikat berbanding kebajikan rakyat.

Comments