CATATAN PERJALANAN 1 010608

Saya menaiki Transnasional dari Temerloh jam 10.00 pagi di hantar oleh teman hidup tersayang dan permata hatiku Danial....menangis nak mengikut.... menuju Pudu Raya akibat kehabisan tiket 'direct' ke Melaka.

Sampai di Pudu Raya jam 12.30 setelah menumpang komuter dari Titiwangsa ke Plaza rakyat...habis RM1.20 ...untuk memajukan Komuter......

.....singgah di Pudu Raya tempat 'hinggap' ku yang 'famous' sejak memulakan pengajian di Utara Tanahair bermula pada 1986 hinggalah 1993. Tidak banyak perubahan yang berlaku di dalam hentian, cuma di bahagian luar pembangunan mungkin agak pesat berlaku.

Bertenggek sebentar di CyberCafe Pudu Raya untuk 'update' pelantar ini yang tidak dikunjungi setelah dua hari berada di Temerloh.

Alhamdulillah surau hentian ini sudah diperbesarkan. Kalau dulu mungkin tidak selesa kini lebih selesa. Saya kira ianya kini boleh memuatkan sekitar 200 orang pada satu-satu masa. Syabas pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan para musafir yang singgah untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah S.W.T.

Saya sempat bersama-sama menunaikan solat jama' qasar zohor dan asar dan terus menjamu selera di gerai setelah mencari pekedai yang bertudung .........walau tidak sempurna..... lauk apa ya???? tempe, ikan masak lemak, petai ....cukup untuk alas perut bersama nasi separuh ......

.......jam 1.50 menaiki bas kalau tak silap NBG 5712.... meneruskan perjalanan ke Melaka pada jam 2.00 petang. Duduk 2 kerusi seorang kerana mungkin tiada yang sudi duduk bersamaku (agaknya aku makan petai 4 biji masa 'lunch' depa semua tak mau duduk berkongsi kereta denganku).

Sampai di Simpang jalan baru sekitar jam 4.05 petang.....lintas jalan tak semena-mena sebuah kereta Iswara berhenti dan mengajak ku naik. Tak duga Abang Amin rakan sekerja tuan empunya kereta tersebut. Macam berjanji pula...kalau tidak terpaksa aku menapak lebih kurang 3-4 km. Alhamdulillah sampai dirumah jam 4.15 petang. Sekian

Comments