TAHNIAH SINAR HARIAN

PAS Negeri Melaka mengucap tahniah kepada akhbar Sinar Harian di atas penerbitan Edisi Negeri Sembilan dan Melaka yang bermula hari ini. Penerbitan edisi ini amat dinantikan setelah Edisi Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Selangor diterbitkan lebih awal.

Keujudan lebih banyak akhbar Bahasa Melayu memang diperlukan demi untuk meningkatkan saluran maklumat kepada seluruh rakyat.

Sinar Harian juga diharapkan dapat merealisasikan amalan kebebasan akhbar demi untuk memberikan maklumat alternatif kepada rakyat. Rakyat sebenarnya amat merindui media yang bersifat bebas dan terbuka yang tidak dikonkong oleh kerajaan.

Dewasa ini semua media arus perdana boleh dikatakan tidak memberikan peluang kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan parti pembangkang untuk membuat publisiti tentang apa juga aktiviti mereka. Malah kenyataan akhbar pemimpin-pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat juga jarang disiarkan.

Sinar Harian Edisi Negeri Sembilan dan Melaka dilihat mampu menjadi akhbar rakyat sebagaimana dibuktikan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor di mana cetakannya melebihi 100,000 nashkah sehari.

Kami mengharapkan Sinar Harian akan dapat menyumbang kepada pembangunan Negara samada dari segi fizikal dan pembangunan modal insan.

Selamat Maju Jaya

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka

Comments

Hasbullah Pit said…
Belajar-belajar la buat kenyataan media