MOGA USTAZ AHMAD AWANG CEPAT SEMBUH

Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan, kilometer 315 kira-kira jam 4.30 petang Khamis kelmarin.
Alhamdulillah Ustaz, isterinya dan anak-anak beliau terselamat dalam kemalangan tersebut.

Kejadian berlaku dalam keadaan hujan renyai-renyai ketika beliau dalam perjalanan ke Ipoh untuk menghadiri mesyuarat di pejabat Badan Perhubungan PAS negeri. Kereta beliau terlibat dalam kemalangan apabila sebuah kereta di hadapan berlanggar dengan sebuah kereta lain kemudian terbabas dan menggeseli sebuah treler, lalu menghalang laluan, menyebabkan kereta beliau tidak dapat mengelak dan terus melanggar kereta tersebut.

Keretanya mengalami kerosakan teruk dan kini berada di Balai Polis Trafik Tapah. Beliau bersyukur tiada kecederaan berat yang dialami walaupun isteri beliau mengalami sedikit lebam dan bengkak-bengkak di bahagian lengan dan belakang akibat hentakan yang kuat ketika merempuh kereta berkenaan. Ustaz Ahmad Awang juga mengalami sakit-sakit di bahagian tengkuk, bahu serta rusuk.

Moga Ustaz cepat sembuh.

Comments