VIDEO FITNAH : NADA POLIS MULA BERUBAH

Kalau sebelum ini Anwar dituduh seolah-olah beliaulah lelaki pelakon video porno oleh banyak pihak, kini Polis mula bercakap dalam nada yang berlainan. Hari ini pihak polis menyatakan bahawa laporan siasatan rakaman video aksi seks, didedahkan “Datuk T” tiga minggu lalu, yang pelakunya didakwa seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mengikut Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah telah siap. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Acryl Sani Abdullah Sani berkata laporan lengkap siasatan itu akan diserah kepada Pejabat Peguam Negara pada bila-bila masa dari sekarang untuk tindakan selanjutnya. “Bagi pihak kami (polis), siasatan telah lengkap dari setiap sudut menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan (kerana kesalahan mengedar bahan lucah),” kata beliau dipetik Bernama Online hari ini. Pada mula-mula Video fitnah dikeluarkan tidak ada pun yang bercakap sedemikian. Tetapi sekarang lain pula nadanya. Apa muslihat mereka sebenarnya?

Comments

Anonymous said…
Tak ada apa muslihat tetapi sekira nya mereka berugama Islam faham lah akibat apa yang mereka laku kan.
Semua nya telah di nyatakan didalam Al Quran jadi buat lah pilihan dan keputusan yang berkaitan dengan hari akhirat.
Semoga selamat dunia dan akhirat.
pakngah santan said…
anwar buat report polis pasal pengedaran video lucah, bukan pasal fitnah dia pelakun lucah. itu pun tak tau lagi ka?

apasal dia tak nak buat report polis pasal kena fitnah? lu fikirlah sendiri.