NAJIB KECUT PERUT, TERPAKSA TERIMA HAKIKAT SARAWAK BUKAN KUBU BN

Sebelum ini BN sentiasa mengharapkan Sarawak dan Sabah sebagai penyumbang kerusi Parlimen terbesar kepada BN pada setiap PRU. Seperti juga PRU 2008, BN diselamatkan untuk berkuasa di Putra Jaya kerana sumbangan kerusi dari Sarawak dan Sabah. Namun fenomena baru berlaku Sabtu lalu, di mana rakyat Sarawak mula berubah termasuk yang tinggal di pedalaman. Siapa sangka mereka boleh berubah walaupun saban hari mendapat maklumat bahawa PR jahat, pembohong, tidak pandai buat kerja dan sebagainya. Mereka tetap memberikan kepercayaan kepada PR. Peningkatan 8 kerusi PR dari 7 sebelum ini serta penurunan 8 % undi BN berbanding PRN 2006 jelas membuktikan bahawa Sarawak bukan lagi kubu kuat BN PR juga berjaya melumpuhkan parti parti komponen kedua terbesar BN Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di mana Presiden SUPP, George Chan sendiri mengikuti jejak Kon Tsu Kon(Presiden Gerakan) dan Samy Vellu(Presiden MIC) tersungkur di kubu sendiri. Penolakan rakyat terhadap BN jelas berlaku di kawasan bandar di mana SUPP tumpas teruk. PR menyapu bersih semua kerusi Dun dalam Parlimen Kuching dan juga beberapa kerusi Dun di bandar lain seperti Miri dan Bintulu. Paling mengejutkan ialah kejayaan calon PKR, Ali Biju di Dun Krian - seorang muka baru - menewaskan timbalan menteri dari SPDP. Satu lagi kejutan ialah kemenangan calon Bebas, George Lagong, yang menewaskan calon muka baru PRS, Stanley Nyitar @ Unya Anak Malan dalam pertandingan empat penjuru. Tidak pemerhati politik yang meramalkan Lagong akan menang di kerusi tersebut. PKR juga mencatat kemenangan simbolik di Ba'Kelalan, di mana pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian - walaupun menang tipis dengan majoriti 473 undi - tetapi merupakan kemenangan pertama parti itu di pedalaman Sarawak. Ini jelas membuktikan bahawa pengundi di pedalaman tidak mudah digula-gulakan oleh BN. Keadaan benar-benar menyebabkan Najib kecut perut dan kemungkinan besar tidak berani untuk mengadakan PRU 13 dalam masa terdekat.

Comments

azilan said…
Analisa yang bagus