SEBARKAN PROGRAM 100 HARI PR KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA

Saya merayu kepada seluruh penyokong dan ahli PAS serta PR supaya memastikan Program 100 hari pemerintahan PR disebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mereka tahu apa yang akan dilaksanakan oleh PR jika diberi peluang memerintah Malaysia suatu hari nanti.

Pastikan setiap rumah, setiap rakyat menatap dokumen itu supaya mereka faham bahawa PR bukannya bercakap kosong tetapi akan membuktikan apa yang dijanjikan.

Buktinya sebahagian besar manifesto PR di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan telah ditunaikan. Program kebajikan di negeri PR berjalan dengan baik jauh lebih baik berbanding negeri-negeri BN.

Inilah bukti bahawa PR bukan hanya pandai berjanji kepada rakyat tetapi berusaha sedaya upaya untuk menunaikannya seperti yang dibuktikan di negeri-negeri yang diperintah PR.

Jadi ayuh tuan-puan rancangkan program sebarkan program 100 hari tersebut. Senang sahaja tubuhkan skuad untuk mengedarkan dokumen itu sepertimana syarikat-syarikat perniagaan mengedarkan iklan-iklan mereka. Fotostat program itu banyak-banyak (ringkasannya lebih baik) dan edarkan.

Sofi Wahab

Comments