BUKU MENUJU PAS BARU : POLEMIK INI TIDAK HARUS DIPANJANG - JANGAN BERI PELURU KEPADA MUSUH

Saya mengharapkan semua pihak tidak memanjangkan polemik mengenai buku PAS Baru yang sedang hangat diperkatakan. Buku itu bukanlah sebuah buku yang dikeluarkan oleh PAS tetapi ia hanya sebuah buku yang ditulis oleh seorang AJK PAS Pusat iaitu Dr Mujahid Yusof Rawa. Ini adalah hasil dari pemikiran beliau.

Saya yakin pimpinan PAS dan ahli-ahli PAS sudah cukup tarbiah dan kefahaman untuk menilai buku tersebut. Jika benar ianya bertentangan dengan aspirasi dan hala tuju perjuangan PAS saya cadangkan buku itu tidak dijadikan panduan dan teks serta tidak juga sebagai sumber rujukan kepada ahli PAS.

Ia hanyalah pandangan peribadi penulis yang tidak maksum dan sudah tentu mempunyai pandangan yang berbeza dengan orang lain. PAS sejak dahulu lagi meletakkan Islam sebagai asas perjuangan dan ianya sudah mula diterima oleh rakyat Malaysia berbilang kaum.

Saya mencadangkan kepada pimpinan PAS supaya membuat penegasan (jika perlu) tentang buku ini, samada ianya tidak bertentangan dengan perjuangan PAS atau sebaliknya.

Bagi saya tidak ada salahnya Mujahid melemparkan pandangan beliau kerana ianya bukan pandangan PAS tetapi HANYALAH PANDANGAN PERIBADI.

Comments

Anonymous said…
Buku yang ditulis oleh Dr,Mujahid tu adalah suatu pandangan peribadi untuk membuka minda ahli-ahli PAS kerana berlakunya banyak perubahan dalam senario politik negara.Wajar difahamkan perbedaan antara "dasar" dan "perjuangan".Dr.Mujahid coba membawa paradidma baru untuk diteliti PAS agar PAS mampu bersaing diarina politik tanah air.Kalau ada ulamak dalam PAS yang tidak boleh terima teguran Dr.Mujahid,bererti mereka inginkan PAS masih berada dizaman putung berasap.
Salam
Jangan lah melenting dengan pandangan Dr Mujahid, baca dengan mata hati bukan dengan buta hati itu hanya sekadar renungan dan pandangan dari beliau.
Bantahlah jika ia memudaratkan PAS tapi jika ianya akan menghakis kuasa golongan tertentu buangkan sikap pentingkan kelompok. Pada saya tidak salah pandangan ini dikemukakan jika ianya akan memberi ruang kepada PAS untuk lebih berupaya untuk memartabatkan Islam.
Islam didahulukan Kepentingan dinyahkan. Wassalam