SEMINAR TIDAK CAPAI OBJEKTIF 100%

Saya bersetuju dengan pandangan Uztaz Zolkharnain Abidin bahawa seminar politik PAS sabtu lalu seperti "gulai yang pernah dimakan sebelum ini".

"Kalau tiada (Prof) Dr Abdul Aziz Bari dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah, tiada yang baru kepada seminar itu, kecuali mengulangi komitmen lama yang memang telah diketahui umum," tulis bekas exco Pemuda PAS itu dalam blognya semalam.

Sebahagian besar pembahas yang membahaskan Ucaptama Presiden tidak memberi cadangan konkrit untuk memperkasakan parti. Sebaliknya mereka lebih gemar memberikan kuliah atau berceramah, tidak menjurus kepada objektif seminar iaitu merungkaikan semua masalah yang ada.

Perkara paling penting sepatutnya dibincang ialah apakah 'root cause' atau penyebab kepada parti tidak perkasa dan bermasalah. Selepas itu pembahas sepatutnya memberikan cadangan untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Lebih dikesalkan ada pimpinan yang menghentam tetamu yang dijemput iaitu Dr Aziz Bari. Ini ibarat panggil orang makan kenduri selepas pukul tetamu kita sendiri yang sedang makan nasi kenduri.

Comments