Pimpinan PAS harus ditukar

Terdapat saranan-saranan keras dari dalam dan khasnya dari luar supaya pimpinan PAS yang ada sekarang ditukar. Dakwa mereka pimpinan atasan yang ada sekarang tidak effektif, lemah dan lesu gagal membawa PAS ke suatu darjat yang hebat.

Bagi saya pimpinan yang ada sekarang masih boleh meneruskan kepimpinannya asalkan mereka mahu berubah kea rah yang lebih dinamik, tegas, berpandangan jauh dan boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

Tidak perlu kita terburu-buru mendesak supaya mereka meletakkan jawatan kerana ianya belum tentu dapat menyelesaikan masalah yang ada. Malah bagi saya masalah yang dihadapi PAS hari ini adalah kecil yang sudahpun diselesaikan.

Bak kata Presiden, ibarat perlawanan bolasepak, ianya belum habis separuh masa pertama jadi pemain dan pengurus tidak perlu ditukar tetapi boleh dikritik dan dinasihati.

Secara jujur ramai mahukan Timbalan Presiden PAS berubah sikap agar dapat membantu Presiden dalam semua hal terutama yang berkaitan dengan politik tanahair. Dalam usaha untuk merealisasikan slogan PAS FOR ALL, Timbalan Presiden mestilah bersikap lebih agresif dan dinamik mempromosikan PAS kepada seluruh rakyat.

Timbalan Presiden mempunyai karisma, ilmu dan kemahiran yang tinggi bagi membawa PAS ke arah itu.

Jadi secara ringkas, jika kita mahu menukar pimpinan kita boleh lakukannya pada tahun 2011 nanti iaitu pemilihan yang akan datang. Namun begitu penyandang jawatan itu sendiri mesti dapat mengukur keupayaan masing-masing. Jika mereka rasakan tidak layak dan tiada keupayaan mereka boleh memberikan laluan kepada orang lain.

Comments