TOK GURU SENTIASA TERBUKA

Saya tabik dan hormat pada Tok Guru kerana dari awal perlantikan menantunya menjadi CEO PMBK, beliau sentiasa bersedia bekerjasama dengan SPRM jika ada sebarang salah laku dan penyelewengan di dalam PMBK. Sifat sudah tentu tidak dapat kita lihat pada pimpinan Umno.

Sehari dua ini sekali lagi menantunya, Ariffahmi dituduh dengan pelbagai dakwaan. Bagi saya tuduhan itu perlu disiasat. Tuduhan dan dakwaan tidak semestinya betul kerana banyak yang tidak betul dan tidak ada bukti sahih. Sebab itu banyak kes rasuah dan penyelewengan di mahkamah digugurkan kerana tiada bukti ataupun kerana ada tangan-tangan ghaib yang berkuasa mengguguran tuduhan itu.

Dalam isu menantu Tok Guru ini, saya lihat terbukti Tok Guru sangat telus dan jujur. Tidak pernah beliau menghalang sebarang usaha SPRM untuk menyiasat sesiapa sahaja termasuk dirinya sendiri.

Syabas. Tok Guru. Insya Allah orang yang membuat tuduhan akan menerima balasan jika tuduhan itu palsu. Namun jika tuduhan itu benar maka terimalah hukuman dengan tenang dan bertaubatlah kepada Allah.

Comments