RAKYAT PERLU LIHAT REKOD BN: SETUJU SANGAT DENGAN DR M


Blog ini sangat setuju dengan kenyataan mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang menyeru rakyat melihat rekod pentadbiran BN (dahulunya Perikatan) sejak mereka memerintah negara kita bermula pada 1957.

Memang tepat dan benar rakyat mesti meneliti rekod dan segala tingkahlaku BN sebelum membuat keputusan menyokong atau menolak BN.

Cuba lihat beberapa pencapaian BN di bawah ini:-

1) Tanah rezab Melayu 'bertambah' dari 3 juta hektar (1957) kepada kurang 1.7 hektar sahaja sekarang ini

2) Hutang negara semakin meningkat sekarang mencecah RM437.2bilion atau 52.7% dari KDNK.

3) Pencabulan kepada sistem federalisme semakin hebat contoh penafian royalti petroleum kepada Kelantan

4) Ekonomi orang Melayu terus berada di kedudukan nazak, gagal mencapai ekuiti sebagaimana ditargetkan dalam DEB.

5) Gejala rasuah semakin parah, di mana indeks rasuah negara semakin menjunam dari kedudukan ke 56 (2010) kepada tangga 60 (2011).

6) Mengurangkan kuasa raja-raja Melayu dengan meminda perlembagaan


7) Melemahkan sistem kehakiman negara contohnya pemecatan Tun Salleh Abas dan lain-lain.

8) Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

9) Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
10) Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.

11) Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

12). Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

13) Persempadanan semula pilihan raya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.

14) Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

15) Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

16)Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

17) Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby, Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.

18) Memetik kenyataan Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakarian 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

19) Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

20) Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

21) Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

22) Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

23) Mendedahkan pelaburan wang Tabung Haji satu ketika lalu dalam dengan syarikat Judi Pan Sweep, seperti yang didedahkan dalam buku Exco Kerajaan Kelantan, Dato’ Paduka Husam Musa.

24)Enggan membayar royalti minyak kepada kerajaan Kelantan sejak tahun 2004.

25)Mengkhianati amanah rakyat dengan merampas kerajaan negeri Perak dari tangan Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak bermoral pada Februari 2009.

26) Penyenaraian sahaam FGVH di BSKL di mana sahamnya boleh dibeli oleh syarikat luar.

27) Mengamalkan kronisme dan nepotisme. Contohnya skandal NFC yang melibatkan wang rakyat berjumlah RM250juta.

.............dan banyak lagio.




Comments