SAHAM LESAP : NAJIB MESTI LETAK JAWATAN

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Cikgu Yusof Wahab(gambar bawah) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan jawatan kerana kegagalannya menjaga kepentingan orang Melayu.

Baru-baru ini Najib mengakui saham bumiputera RM52 Bilion telah hangus dan lesap yang tinggal cuma RM2Bilion daripada jumlah asal RM54Bilion yang diperuntukkan untuk syarikat bumiputera.


"Najib mesti letak jawatan kerana gagal memastikan saham bumiputera dipertahankan. Bukannya hendak menambah saham orang Melayu dan bumiputera malah yang ada pun lesap"


"Seorang Perdana Menteri mesti bertanggungjawab sepenuhnya dengan kehilangan kepntingan bumiputera ini" tegas Yusof.

Yusof hairan bagaimana sebuah kerajaan yang dikatakan sentiasa mendahulukan rakyat termasuk bumiputera sanggup menggadai saham bumiputera dan memberinya kepada pihak lain.


"Kita menggesa Najib membuat laporan terperinci tentang kehilangan saham ini dan pada masa yang sama mesti membuat laporan kepada SPRM jika terdapat salah laku dan penyelewengan kuasa sehingga berlakunya perkara yang memalukan ini".

"Mungkinkah kroni dan rakan-rakan yang rapat dengan pihak tertentu yang mendapat keuntungan dari lesapnya saham ini." tambah Yusof


Katanya, pengakuan Najib bahawa saham Melayu lesap sebagaimana disiarkan akhbar Harakah terbaru edisi cetak Bil 1626 edisi tidak cukup untuk mengubati kegagalan Najib dalam isu ini. Isnin.


"Beliau mesti meletakkan jawatan dan seterusnya disiasat kerana perkara ini adalah serius melibatkan kepentingan bumiputera".


"Dah lah saham orang Melayu sedikit, yang ada pun lesap entah ke mana" kata Yusof dengan kesal.


Menurut Yusof, rakyat berhak mengetahui ke mana saham itu dijual dan siapa yang bertanggungjawab menjalankan kerja yang menggadaikan maruah dan kepentingan orang Melayu" tambah Yusof.


Gambar & info : ihsan misaimerah

Comments