NENEKKU DIHUKUM GANTUNG

Nenekku kena hukum gantung. Mungkin itu jawapan cucu kepada seorang nenek yang dihukum gantung kerana kesalahan mengedar dadah.

Media hari ini melaporkan bahawa seorang nenek yang mempunyai tujuh cucu dijatuhkan hukuman gantung oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin seberat 92.68 gram pada Ogos tahun 2009.

Tertuduh Mariah Hamadi, 59 dari Rantau Panjang, Kelantan didakwa melakukan perbuatan itu pada 30 Ogos 2009 pada jam kira-kira 3.45 petang di perkarangan Masjid Padang Nenas, Mengabang Telipot dekat sini.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya berkata, mahkamah berpuas hati dengan penghujahan pihak pendakwa diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat yang berjaya membuktikan kes di luar keraguan munasabah hasil keterangan saksi-saksi pendakwa.

Sumber: Hmetrok

Comments