PRAYA SARAWAK : BAPAK JEMBALANG TABUR JANJI

Bapak Jembalang (bahasa yang digunakan oleh Muhyiddin Yassin) mula menaburkan janji dan rasuah di Sarawak. Seperti biasa bila tiba musim pilihanraya maka banyaklah jembalang datang masuk kampung keluar desa, naik bukit turun bukit bertemu dengan rakyat menabur janji dan memberi rasuah kepada rakyat.


Di Sarawak sejak beberapa bulan ini khasnya beberapa hari kebelakangan ini jembalang mula menabur janji dan projek bernilai ratusan juta untuk rakyat. Janji manis seperti ini memang sentiasa di lakukan pada setiap kali pilihanraya datang. Namun rakyat Sarawak terus mundur dan miskin jauh ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan Semenanjung. Semuanya gara-gara kekayaan negeri hanya berlegar kepada pemimpin kerajaan dan kroni-kroni mereka. Kemajuan pun banyak dikecapi di kawasan bandar, kawasan di pedalaman dibiarkan tanpa elektrik, air bersih, sekolah, jalan raya dan kemudahan asas lain.


Seperti yang kita tahu jembalang hanya tahu berjanji tetapi setiap janji sukar untuk dipenuhi.


Semalam Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin memberi nasihat bahawa akan ada ‘hantu’ dan ‘jembalang’ yang datang membuat tawaran manis kepada rakyat Sarawak.


Menurutnya, pilihan raya akan datang adalah waktu seluruh rakyat Sarawak menolak ‘hantu’ dan ‘jembalang’ itu yang sebahagiannya datang dari Semenanjung dan sebahagian lagi memang lama menetap di bumi Kenyalang ini.


Beliau berkata demikian semasa serucap pada majlis minum petang di Medan Selera Boyan-Gersik-Sourabaya (BGS) selepas melakukan lawatan di beberapa kampung berhampiran Sungai Sarawak, di Kuching. Memang betullah apa yang dikatakan oleh Muhyiddin. Jembalang dan hantu sudah mula datang ke Sarawak menabur janji dan membawa projek pembangunan untuk rakyat. Sedangkan janji mereka sejak zaman berzaman belum mereka tunaikan. Jembalang dan hantu juga akan membawa duit tunai untuk diagih-agihkan kepada rakayat sebagai rasuah supaya mengundi parti yang dianggotai oleh pemimpinnya yang bergelar jembalang (istilah yang digunakan oleh Muhyiddin sendiri).

Comments