YB CHE HASHIM MENINGGAL

Baru sebentar tadi saya mendoakan semoga ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus, dimasukkan ke Pusat Perubatan Kampung Baru cepat sembuh dari penyakitnya dan kembali berkhidmat untuk Islam.

Namun beberapa saat tadi saya mendapat maklumat YB Che Hashim telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 4.34 petang tadi. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan di kalangan roh para anbia, syuhada dan muttaqin. Amin.

Pada 26 Julai lalu, beliau dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Pakar Perdana di Kota Bharu, tetapi kemudiannya dibenarkan pulang.

Che Hashim dimasukkan Hospital Pakar Perdana itu, selepas tiga hari pulang daripada membuat rawatan kimoterapi di China selama 10 hari.

Beliau disahkan menghidap penyakit tersebut sejak Mei tahun lalu selepas batuk mengeluarkan darah.

Susulan itu beliau menjalani pembedahan di The First People's Hospital Fu San, Beijing selepas menerima rawatan di salah sebuah hospital di Kuala Lumpur selama tiga bulan.

Comments

otaklunyai said…
Khabarnya lebih 3000 orang menyempurkakan Solat Jenazah untuk beliau..
SUBHANALLAH... Didunia lagi Allah telah menunjukkan tanda-tanda kemuliaan dan kesejahteraan yang akan dikurniakan kepada allahyarham.. semoga Allah mencucuri RahmatNya keatas beliau... inilah keberkatan dan kemuliaan yang di berikan oleh Allah kepada mereka yang IKHLAS berjuang bersama-sama Jemaah yang betul, untuk mendaulatkan Hukum Allah di dalam sistem kehidupan keseluruhannya. Marilah kita mengambil iktibar dari kemuliaan dan darjat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada beliau dan marilah kita bermuhasabah, apakah telah cukup usaha dan sokongan kita untuk bersama-sama menyokong Jemaah yang jelas berjuang berlandaskan Syariat Islam. Atau kita hanya sekadar selesa berada ditakuk lama yang mana telah jelas pilihan kita selama 53 tahun ini adalah pilihan yang sesat. Bukti dan hujah kebenaran berada didepan mata. Apakah kita masih teguh mempertahankan kesesatan itu. Tepuk dada tanya Iman. Hanya Allah Yang Maha Kuasa untuk memberi petunjuk dan hidayahNya kepada mereka yang di pilih. Berdoalah semoga kita tidak termasuk kedalam golongan mereka yang tidak diberi oleh Allah Hidyah dan Taufik untuk berubah kepada sesuatu yang telah terbukti kebenarannya. Dalam ertikata lain tidak mendapat Petunjuk Allah gara-gara kejahilan dan kedegilan kita sendiri. Wallahualam. TAKBIR!!!

AL-FATEHAH...