MAHUKAH KU LI DIPECAT UMNO?

Apakah Ku Li termakan dengan pujukan Umno melantik beliau sebagai Pengarah PRK DUN Galas?

Atau apakah Ku Li akan tetap pendiriannya menyokong tuntutan PAS dan rakyat Kelantan yang mahukan royalti diberikan kepada Kelantan? Jika itu pendirian Ku Li apakah Ku Li sanggup dipecat dari Umno?

Semua ini akan terjawab semasa kempen PRK Galas yang kemungkinan besar akan berlangsung pada pertengahan atau hujung Oktober maupun awal November.

Ku Li yang pernah derhaka kepada Umno dengan menubuhkan Semangat 46 tidak mustahil mengulangi tindakan beliau keluar dari Umno. Beliau antara pemimpin Umno yang dilihat mempunyai sedikit prinsip, berani menyatakan pendirian menyokong rakyat Kelantan dalam isu royalti.

Adalah diharapkan Ku Li akan tetap dengan pendirian asalnya menyokong rakyat Kelantan yang menuntut royalti minyak ini walaupun terpaksa berdepan dengan Umno di Galas.

Apalah salahnya beliau memimpin jentera Umno di Galas tetapi pada masa yang sama menyokong pendirian PAS dan rakyat Kelantan dalam isu royalti minyak ini. Mungkin dengan sokongan ini rakyat akan melihat Ku Li sebagai pemimpin yang tegas dan berprinsip.

Comments

joecharlie said…
Friday, October 1, 2010
PAS dah panik, Tahu kalah di Galas

Cadangan pertama keluar dari mulut Penolong Setiausaha Agong PAS Takiyuddin Hassan yang mencadangkan agar BN tidak bertanding demi perpaduan Pas Umno.

Katanya :

PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya

Selepas itu Nik Aziz turut mengulas cadangan Takiyudin di atas tetapi dalam nada yang agak berbeza di sini iaitu mengajak orang Melayu Islam menyertai PAS demi mengelakkan perpecahan berpanjangan orang Melayu Islam di Malaysia.

Mungkin dia secara peribadi agak malu untuk mengulas senada dengan Takiyudin kerana sebelum ini Umno telah dicopnya sebagai sekular, komunis dan tidak Islam...Biasalah....dah terlajak kata memang malulah muka nak berbaik.

Selepas itu Sayuti Omar telah menyokong cadangan tersebut lalu memuatkannya di blog beliau di sini

Kemudian Blogger Kerabu Bersuara turut memuatkan tulisan tersebut sebagai menyokong cadangan agar Kerusi GALAS diberikan kepada PAS atas nama perpaduan di sini .

Dalam hal ini nampak sangat PAS hanya melutut dan merayu apabila menyedari kerugiaan yang bakal diperolehinya. Selagi tidak ada mudarat kepada politik mereka, selagi itu cadangan yang baik seperti perpaduan Melayu Islam akan dikritik habis-habisan.

Ini kerana mereka tahu GALAS adalah kubu kuat BN dan momentum GALAS boleh menjadi penentu nasib mereka PRU akan datang.

Yang jelasnya Melayu sudah sedar keburukan Pakatan Rakyat yang ternyata pandai mengkritik tetapi gagal menunjukkan mereka lebih baik dari yang dikritik.

Baca seterusnya di Panglima Perang Cyber sini
Posted by The Unspinners at 8:19 AM