RAKYAT GALAS AKAN 'GIGIT' BN KERANA ISU ROYALTI

Rakyat Kelantan khususnya pengundi Galas mempunyai peluang untuk 'menggigit' BN kerana kezaliman kerajaan BN pusat menafikan hak rakyat Kelantan untuk mendapat royalti petroleum.

Kezaliman BN ini wajib diajar dengan pukulan maut di Galas seelok-eloknya BN dikalahkan dengan majoriti besar sehingga hilang deposit.

Orang zalim dan mabuk kuasa seperti BN ini memang susah diajak berunding kerana sikap tamak haloba yang bersarang di hati mereka sehingga tidak kisah halal haram dalam agama.

Dendam kesumat mereka terhadap rakyat Kelantan kerana memilih PAS sejak 1990 tidak pernah padam sehingga kini bermula dengan penubuhan JKKP menggantikan JKKK sehingga kemuncaknya penafian royalti petroleum ini.

Inilah sikap mereka yang tidak pernah mengamalkan demokrasi dan sistem federalisme yang menjadi anutan mereka sejak dahulu. Malangnya mereka sendiri yang melanggar segala peraturan dan perlembagaan.

Jadi memang wajar dan patut mereka dihukum dengan seteruk-teruk hukuman iaitu dengan memalukan mereka di Galas melalui kertas dan tong undi.

Comments

joecharlie said…
Friday, October 1, 2010
PAS dah panik, Tahu kalah di Galas

Cadangan pertama keluar dari mulut Penolong Setiausaha Agong PAS Takiyuddin Hassan yang mencadangkan agar BN tidak bertanding demi perpaduan Pas Umno.

Katanya :

PAS Pusat menyarankan supaya Barisan Nasional (BN) berkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu demi perpaduan Melayu dan mengelakkan pergeseran politik terus berpanjangan antara kedua-dua parti induk orang Melayu itu.

Katanya adalah wajar jika kedua-dua parti itu tidak bertanding pada pilihan raya kecil itu jika ingin melihat perpaduan di kalangan orang Melayu yang menjadi agenda utama negara.

“Bagaimanapun, adalah lebih baik jika kerusi itu diserahkan kepada PAS memandangkan kerusi DUN itu disandang oleh calon daripada parti berkenaan,” katanya

Selepas itu Nik Aziz turut mengulas cadangan Takiyudin di atas tetapi dalam nada yang agak berbeza di sini iaitu mengajak orang Melayu Islam menyertai PAS demi mengelakkan perpecahan berpanjangan orang Melayu Islam di Malaysia.

Mungkin dia secara peribadi agak malu untuk mengulas senada dengan Takiyudin kerana sebelum ini Umno telah dicopnya sebagai sekular, komunis dan tidak Islam...Biasalah....dah terlajak kata memang malulah muka nak berbaik.

Selepas itu Sayuti Omar telah menyokong cadangan tersebut lalu memuatkannya di blog beliau di sini

Kemudian Blogger Kerabu Bersuara turut memuatkan tulisan tersebut sebagai menyokong cadangan agar Kerusi GALAS diberikan kepada PAS atas nama perpaduan di sini .

Dalam hal ini nampak sangat PAS hanya melutut dan merayu apabila menyedari kerugiaan yang bakal diperolehinya. Selagi tidak ada mudarat kepada politik mereka, selagi itu cadangan yang baik seperti perpaduan Melayu Islam akan dikritik habis-habisan.

Ini kerana mereka tahu GALAS adalah kubu kuat BN dan momentum GALAS boleh menjadi penentu nasib mereka PRU akan datang.

Yang jelasnya Melayu sudah sedar keburukan Pakatan Rakyat yang ternyata pandai mengkritik tetapi gagal menunjukkan mereka lebih baik dari yang dikritik.

Baca seterusnya di Panglima Perang Cyber sini
Posted by The Unspinners at 8:19 AM