.

.

07 January 2013

CAKAP BERDEGAR-DEGAR, MASALAH AIR DI PARLIMEN SENDIRI GAGAL DIATASI

Beberapa informasi yang diterima daripada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkaitan isu utama mereka kini iaitu masalah bekalan air yang tidak mencukupi di Pekan.

Beberapa blog memetik sumber mahasiswa UMP berhubung perkara itu masalah yang berlarutan itu yang berpunca daripada tekanan air yang rendah di kawasan parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

Akibatnya, mahasiswa UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti sekitar 2,000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar.

Apa yang mahasiswa inginkan sekarang ialah kecaknaan Najib agar segera turun kawasan dan atasi permasalahan air itu dengan segera.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Yang Dipertua PAS Pekan, Ustaz Abu Kassim Manaf turut memberi respons berhubung masalah tersebut.


Cakap berdegar-degar tentang Transformasi, janji ditepati, rakyat didahulukan, NKRA dan sebagainya. Tetapi masalah air yang kecil di dalam 'kelambu' sendiri pun di Pekan gagal diatasi. Macam-macam fitnah tentang air dilemparkan kepada kerajaan negeri Selangor tetapi yang pasti di Pekan sudah bertahun masalah air di UMP dan sekitarnya gagal diatasi.

Isu ini pernah diceritakan kepada saya setahun lebih yang lepas oleh seorang rakan saya yang anaknya menuntut di UMP. Malah anaknya terpaksa balik ke Melaka kerana bosan dengan ketiadaan air di kampus UMP. 

7 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter