HKR GUNA STADIUM MERDEKA : JANJI TIDAK DITEPATI

Kita masih ingat bagaimana Perdana Menteri berkata bahawa sesiapa sahaja akan dibenarkan untuk menggunakan stadium jika mahu berhimpun bagi mengelakkan gangguan ketenteraman awam. Namun ianya hanyalah menanam tebu di bibir mulut apabila tiada sebarang jawapan diterima oleh jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) sehingga semalam.

Media semalam melaporkan bahawa Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang dijadual untuk diadakan berlangsung di Stadium Merdeka, Sabtu ini belum ada keputusan daripada pihak pengurusan stadium terbabit.
Perhimpunan aman anjuran Sekretariat Pakatan Rakyat melahirkan kekesalan itu, apabila permohonan mereka untuk menyewa, sekali gus menggunakan stadium bersejarah itu sebagai lokasi utama perhimpunan kali terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak mendapat maklum balas positif daripada Merdeka Heritage Trust.

Menurut Setiausaha Kerja Himpunan Kebangkitan Rakyat, Adib Ishar, permohonan untuk menggunakan Stadium Merdeka telah dikemukakan kepada pengurusan stadium pada 26 Disember lepas.
Bagaimanapun sehingga kini pihaknya masih tidak mendapat sebarang maklum balas ataupun surat kelulusan penggunaan kemudahan itu.
Nampak jelas ketakutan dan kegusaran pihak pentadbiran Najib yang langsung tidak berani berdepan dengan rakyat dan pimpinan PR. Ajak berdebat dia takut, ajak berforum/muzakarah/debat tentang isu 'amanat' kecut perut, semuanya tidak berani. Di mana sifat seorang negarawan unggul jika pengecut dan penakut menjadi 'pakaian' Najib.
Satu kelainan yang dapat dilihat kali ini ialah pihak media pencacai dan pimpinan Umno/BN sendiri nampaknya mengambil jalan selamat dengan tidak membuat sebarang komen dan ulasan tentang HKR kerana mereka bimbang ianya akan memberikan publisiti percuma kepada HKR sebagaimana Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 di mana rakyat turun  dengan ramai lantaran publisiti meluas yang dibuat oleh media pencacai Umno/BN.
Kini mereka mengambil jalan selamat dengan berdiam diri bagi 'menyejukkan' keadaan supaya rakyat tidak sedar bahawa adanya himpunan besar di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.

Comments