GEORGE TOWN - Nasib blogger mesra UMNO, Minda Intelek Melayu (MIM) atau nama sebenarnya Dr Novandri yang didakwa memfitnah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya akan ditentukan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada pagi ini.
Khalid yang juga anggota Lajnah Politik Pas Pusat semasa dihubungi awal pagi tadi mengaku bahawa blogger berkenaan merayu untuk menyelesaikan tulisan berunsur fitnah ke atas peribadinya itu di luar kamar mahkamah.
"Dia nak minta maaf atau tidak berhubung fitnah ke atas diri saya itu biar dalam mahkamah supaya jadi pengajaran bagi blogger Umno yang lain," ujar beliau menerusi telefon.
Khalid diwakili oleh peguam Hanipa Maidin, manakala, Dr Novandri sejak awal bicara kes fitnah itu pada tahun lepas gagal mengemukakan peguam bela sehingga dikritik oleh Hakim sendiri.
Bicara akhir kes Dr Novandri didakwa memfitnah Khalid bermula jam 9 pagi ini.
Kasihan kawan lama aku semasa di Matrik USM dahulu nih. Dah lah buat kerja fitnah orang lepas tu tak dapat sediakan peguam untuk pertahankan diri. Mana pergi kawan-kawan hang pencacai Umno tu.
Aku tahu siapa hang sebenarnya. Masa hang hentam pimpinan PAS dan PR hang tak usul periksa main hentam je. Sekarang baru hang tau langit tinggi ke rendah.
Itu sebab, kalau mau bicara atau tuduh orang lain, kita mesti ada bukti supaya kita enggak bisa disaman oleh orang lain.
Nah, sekarang apa sudah jadi. Di mana perginya teman-teman kamu yang lain. Bagaimana bisa mereka menjauhkan diri dari mu. Rekan ketawa memang ramai, rekan menangis sukar dicari ................
Sumber : Zainulfaqar.
Sumber : Zainulfaqar.
Comments