HKR 12 JAN - PELUANG TERBUKA UNTUK ISYTIHAR DARURAT??????

Apakah Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Jan ini dijadikan batu loncatan untuk pihak tertentu mengisytiharkan darurat dan memberikan peluang kepada pihak-pihak berkepentingan mengekalkan kuasa mereka.

Jika itu menjadi perancangan senyap mereka maka pihak penganjur HKR mesti melakukan tindakan drastik bagi memastikan perancangan mereka tidak menjadi kenyataan. Kali ini kita melihat tidak ada kenyataan akhbar yang keras dan amaran dikenakan kepada penganjur oleh pihak berkuasa. Mereka diam seribu bahasa tanpa sebarang komen kecuali membuat kenyataan akhbar bahawa semua wartawan akan diberi tag khas sebagai pengenalan untuk mereka menjalankan tugas tanpa gangguan.

Tidak sebagaimana Himpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 sebelum ini yang mendapat liputan meluas dan publisiti percuma dari kenyataan pihak berkuasa kali ini HKR seolah-olah tidak ujud di mata mereka. Apakah mereka telah serik memberikan maklumat terkini melalui kenyataan-kenyataan Pak Menteri, Pak Polisi dan lain-lain.

Oleh kerana itu, kita sebagai rakyat kita mesti prihatin dan 'smart' dalam mengenali dan menganalisis strategi musuh yang licik dan berbelit-belit bagi menghalalkan semua niat dan tindakan mereka menghalang kemaraan rakyat membentuk sebuag kerajaan baru pada PRU 13 nanti.

Sesungguhnya Darurat atau Mageran bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah rakyat. Ianya hanyalah perbuatan sia-sia yang memundurkan negara kita. Banyak masa terbuang, banyak duit ter'hangus", pa yang penting

Comments