.

.

09 January 2013

HKR 112 : STADIUM MERDEKA BOLEH GUNA


Harakahdaily sebentar tadi memaklumkan pihak pengurusan Stadium Merdeka membenarkan penggunaan stadium itu untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini.

Jawatankuasa HKR ketika ini difahamkan sedang mengadakan perbincangan di Pejabat Agung PAS di sini.

Satu kenyataan rasmi oleh jawatankuasa itu akan dibuat pada sidang media khas sejurus pertemuan itu sebentar nanti.

Maklumat berhubung kebenaran pihak stadium ini juga sedang tersebar di laman sosial Facebook dan Twitter pimpinan Pakatan Rakyat.

Jika maklumat ini benar, bermakna inilah kali pertama himpunan mega rakyat akan berlangsung di stadium.

No comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter