PDRM : SEMUANYA BARU, HARAP MEREKA UBAH PDRM SUPAYA LEBIH PROFESSIONAL

Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein mengesahkan kepada media hari ini bahawa akan berlaku peralihan dalam pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia.
Hishamuddin berkata perubahan itu sebagai “peluang bagi melihat lembaran baru dalam sejarah polis.

Beliau berkata bahawa beliau sudah tahu siapa yang akan menggantikan KPN, siapa akan menggantikan pengarah, jabatan siasatan jenayah perdagangan dan lain-lain.
Jadi menurutnya, tidak perlulah media dan orang ramai membuat spekulasi dan membuat laporan berita tanpa asas.
Bagi saya sesiapa yang memegang tampuk kekuasaan dalam PDRM adalah isu nombor dua, isu paling penting ialah mereka mesti berusaha untuk mengembalikan imej dan professionalisme PDRM yang terjejas teruk di mata rakyat sekarang ini.
Isu seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan tindakan mereka bila berhadapan dengan rakyat mesti diselesaikan dengan segera.

Satu lagi imej negatif yang dilihat ialah sikap Polis yang didakwa tunduk kepada kehendak politik Umno/BN. Jika semua isu ini dapat dibaiki saya yakin Polis akan kembali dihormati dan disanjungi oleh semua orang.

Comments