Jelas sekali Orang Asli sedar dan insaf akan hak mereka di tanahair kita ini. Mereka bangkit menuntut hak mereka yang sedikit demi sedikit terhakis.
Malangnya ada orang Melayu yang kononnya terpelajar tidak sedar dan tidak insaf betapa hak mereka sebagai rakyat direntap oleh kerajaan hari ini. Hak berhimpun secara aman, hak untuk mendapatkan biasiswa, hak kebebasan (hapuskan ISA), hak bersuara, Hak kebebasan media dan lain-lain telah lama hilang. Dalam hal pengambilan tanah umpamanya orang Melayu tidak perasan bahawa mereka tiada hak untuk mempertahankan tanah mereka dari diambil setelah akta tanah dipinda suatu waktu dahulu. Cuma mereka boleh pertikaikan dari segi harga sahaja. Semua ini seolah-olah tidak disedari oleh orang Melayu. Akhirnya mereka ditindas dan dizalimi oleh.
Berlainan dengan Orang Asli. Hari ini lebih 2,000 Orang Asli kini di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.
Pada perhimpunan ini, orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang yang antaranya berbunyi “ Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati”, “ Jangan Hapuskan Akta Kami” dan “Iktirafkan Wilayah Adat Kami”.
Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak.
Seorang koordinator POASM, Jenita Engi berkata, perhimpunan itu adalah untuk menyuarakan bantahan kepada Datuk Seri Najib Razak berhubung kandungan dasar berkenaan memandangkan rundingan dengan JHEOA awal bulan ini, gagal membuahkan hasil.
Dasar tanah tersebut disasarkan untuk dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Jun ini sebagai cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara.
Perhimpunan hari ini adalah perhimpunan kedua seumpamanya, selepas mereka mengadakan satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.
Comments
facebook: an wira damai