ORANG ASLI LEBIH CELIK POLITIK DARI JKKK UMNO

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mewakili Parti Islam Semalaysia mengucapkan tahniah kepada orang asli yang mengadakan tunjuk perasaan di Putrajaya pada 18 Mac 2010 kerana menuntut hak mereka yang dicabul.

"Penghormatan patut diberikan kepada mereka kerana keberanian dan boleh mengumpulkan seramai dua ribu orang adalah merupakan suatu perkara yang menakjubkan semua pihak. "

"Nampaknya orang asli lebih sensitif dalam mempertahankan hak mereka yang dicabul oleh kerajaaan BN. Walaupun Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal ketika diminta mengulas mengenai perhimpunan hari ini berkata:

"Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan." tambah Ustaz Idris.

Beliau berkata kejayaan orang asli yang mengumpulkan hampir 2 ribu orang ke Putrajaya merupakan satu perkembangan yang baik. Ini bermakna kesedaran politik yang dilaungkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat selama ini sudah mendasari hingga ke akar umbi, seperti orang asli sudah berani menuntut hak mereka melalui jalanraya.

Menurutnya selama ini orang asli hanya menjadi pemerhati dari jauh dan dilihat oleh pemimpin BN sentiasa menyokong tindakan kerajaan. Hari ini mereka telah melakarkan sejarah kebangkitan rakyat dan sebagai mercu tanda perubahan politik pada masa akan datang insyaAllah.

Perhimpunan tersebut anjuran bersama Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) dan juga Jaringan Kampung Orang Asli Perak untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri. Memorandum tersebut turut menuntut supaya dasar pemberimilikan dimansuhkan dan hak wilayah adat Orang Asli hendalah diwartakan sebagai Rizab Orang Asli.

Turut dikepilkan dalam memorandum berkenaan ialah cadangan pindaan Akta Orang Asli (Akta 134) yang dikemukakan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia.

Comments

Orang-orang said…
Muah ha ha ha ha.
Cukuplah kau sorang yang jadi bodoh. Jangan nak bawa orang lain jadi bodoh macam kau.
Anonymous said…
kepada orang-orang....
lu yang banggang tak tau apa itu undang2 sistem demokrasi berpelembagaan.semua rakyat ada hak sebagai pembayar cukai untuk bersuara sekiranya penyelewangan dan kerakusan pemerintah semakin kronik yang akan menghancurkan negara.jangan menampakkan krbodohan hang yang amat sangat.