AHLI MCA WAJAR BUBAR PARTI

Sebagai orang luar saya ingin memberikan cadangan kepada ahli-ahli MCA yang akan memilih kepimpinan baru pada 28 Mac ini.
Cadangan saya ialah pilihlah pemimpin baru yang tidak pernah mempunyai kontroversi dalam apa juga isu. Kalau pemimpin tersebut didakwa dan dituduh terlibat dengan pelbagai masalah jangan pilih mereka.
Namun begitu ramai mendakwa sebahagian besar pemimpin utama yang menawarkan diri untuk bertanding mempunyai masalah terutama pimpinan atasan.
Jadi kalau begitu nasihat saya ialah ahli MCA tidak perlu memilih sesiapa tetapi yang penting BUAT CADANGAN SUPAYA MCA DIBUBARKAN dan ahli-ahli MCA ramai-ramai masuk Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) atau PKR atau DAP.

PR boleh dijadikan sandaran untuk mereka memperjuangkan hak masing-masing. Apa lagi yang hendak mereka perolehi dari MCA jika semua pimpinan parti itu hanya mementing diri dan pangkat semata-mata.
Tidak ada gunanya berjuang dalam parti yang jijik, kotor dan korup. Lebih baik kita membuat anjakan paradigma untuk memastikan perjuangan kita berada di landasan yang benar demi kepentingan negara dan rakyat jelata.
Kita lihat kerajaan BN yang didokong oleh MCA ditunjangi oleh Umno juga bermasalah. 50 tahun lebih mereka memerintah, BN masih mengamalkan cara politik lama iaitu menggunakan asas perkauman untuk mendapatkan sokongan. Sedangkan rata-rata rakyat bercakap tentang politik baru iaitu melampaui sempadan perkauman, bangsa, ideologi dan agama.
Parti-parti politik yang berjuang atas asas perkauman seperti Umno, MCA dan MIC sewajibnya dibubarkan kerana merekalah selama ini menanamkan bibit-bibit perkauman yang menyebabkan semangat ini terus menebal di kalangan rakyat.
Jadi sudah sampai masanya ahli MCA membubarkan parti itu pada 28 Mac ini sebagai perintis kepada pembubaran parti-parti perkauman sempit lain seperti Umno dan MIC.

Comments