PENGAMATAN POLITIK P RAMLEE TAJAM

Pengamatan politik Allahyarham Tan Sri P Ramlee amat tajam sehingga beliau mampu menghasilkan filem-filem yang penuh dengan pengajaran dan sindiran kepada pemerintah sekarang.

Antara adegan yang jelas ialah babak di mana Raja Passola bersidang di bawah pokok kerana kuasanya dirompak oleh musuh politiknya.

Babak kedua ialah dalam filem Semerah Padi di mana hukum hudud iaitu sebatan dijalankan kepada pesalah zina.

Babak ketiga ialah dalam filem Bujang Lapok di mana Sudin cuba mengeja tulisan di papantanda di hadapan sekolah dewasa.

"Alif Mim Nun Wau, Alif tendang Wau, Sarkas" Sudin.

Sudin seolah-olah menyamakan Umno dengan SARKAS.

Babak seterusnya ketika P Ramlee melelong Mr Penasihat di mana tiada seorang pun mahu membeli Mr Penasihat yang sebelum itu asyik meminta komisen dari bosnya.

Dalam babak ini P Ramlee cuba menyindir pemimpin kerajaan dan pegawainya yang antara perangai mereka ialah meminta 'persen' /komisen dari sebarang projek yang diajukan kepada mereka.

P Ramlee seolah-olah tahu bahawa hukum hudud tidak dijalankan oleh kerajaan sekarang; adanya Sidang bawah pokok di DUN Perak dan Umno menjadi parti SARKAS.

Idea asal : Ustaz Hamid Derani, Penceramah PAS dari Kelantan.

Comments

zahidyusof said…
ada satu lagi..filem madu tiga...masa P.Ramlee terjun sungai...bini no tiga cakap ' Malam ni giliran abg rumah kak tipah, kemudian rumah cik hasnah, kemudian rumah ani, begitu la abg bergilir-gilir sampai abg mampus' sama macam UMNO kelantan, 'mula-mula anuar musa, kemudian stopa mamat, kemduian awang adik..begitulah bergilir-gilir sampai UMNO mampus'
Anonymous said…
p ramlee - PR = Pakatan Rakyat...hehes