TOLAK PENDAFTARAN AUTOMATIK KERANA TAKUT

Bagi saya keputusan Kerajaan menolak kaedah pendaftaran pemilih secara automatik adalah kerana kerajaan takut kalah pada pilihanraya akan datang kerana mereka tahu golongan muda adalah cenderung menyokong PR.
Dewan Rakyat hari ini diberitahu kerajaan telah menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengadakan sistem pendaftaran pengundi secara automatik bagi rakyat Malaysia yang mencapai umur 21 tahun.

Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, nazri Aziz, keputusan itu dicapai kerana rakayt tidak seharusnya dipaksa untuk keluar mengundi.

Katanya, kerajaan akan meneruskan dasar-dasar yang sedia ada dan tidak akan memaksa rakyat melakukan perkara di luar kerelaan mereka

"Dalam pilihan raya, tak boleh paksa orang. Kita mengamalkan 'freedom of association, freedom of expression and freedom to make decision'. Kita anggap jika mereka tak mahu daftar, itu salah satu pilihan mereka untuk tidak mahu ambil bahagian," katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Fong Po Kuan.
Ini bukan soal paksaan, tetapi ini adalah soal kewajipan rakyat menunaikan hak menjadi pemilih bagi menentukan kerajaan yang akan dibentuk melalui Pilihanraya. Saya tidak faham bagaimana kerajaan boleh memberikan alasan emeh sebegini. SPR setiap kali mengeluarkan kenyataan kesal kerana rakyat tidak mendaftar tetapi sebaliknya tidak mahu berusaha untuk memastikan semua rakyat yang layak mendaftar melalui sistem pendaftaran automatik ini. Terbukti kerajaan dan SPR bersekongkol tidak mahu semua rakyat menjadi pemilih.

Comments