ANWAR 'ABAI" SEORANG RAKYAT, BN ABAI SEMUA RAKYAT

Utusan Meloya terus memainkan peranannya meracuni fikiran rakyat dengan pendedahan demi pendedahan terhadap kepimpinan PR. Satu demi satu isu berkaitan PR ditelanjanginya. Kekadang sampai naik mual dan loya kita membacanya. Utusan melayan rakyat Malaysia bagaikan budak hingusan yang baru merangkak-rangkak belajar membaca.
Utusan sebenarnya masih belum sedar bahawa zaman ini adalah zaman IT, zaman dunia tanpa sempadan dan langit terbuka. Utusan masih bermimpi seolah-olah kita masih berada dalam tahun 50-an dan 60-an lagi.
Hari ini Utusan mendedahkan seorang OKU di kawasan Permatang Pauh kesal dengan kerajaan PR Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh (Anwar lah tu) yang menurutnya langsung tidak membela golongan OKU sepertinya. Baik sungguh Utusan Meloya ini sanggup membantu kerajaan negeri dan Anwar mengenalpasti OKU di kawasan tersebut. Lain kali dedahkan semua perkara sebegini supaya tidak perlulah jentera JKKK dan parti mengenalpasti golongan yang memerlukan bantuam. Serahkan sahaja kepada Utusan untuk membuat kajian dan mengenalpasti golongan seperti ini. Selepas kerajaan negeri dan Anwar bolehlah membantu mereka ini selepas Utusan melaporkannya di dada akhbar yang tidak bermaruah ini.
Saya ingin menarik perhatian Utusan dan rakyat Malaysia bahawa BN bukan sahaja tidak memberikan perhatian kepada seorang OKU tetapi mereka membiarkan seluruh rakyat Malaysia tertindas dan dizalimi. Buktikan apa kerajaan buat berkenaan perkara di bawah :-
1) Harga barangan yang sentiasa naik tidak turun-turun
2) Kos pendidikan yang semakin naik
3) Kos perubatan yang tinggi khasnya di Hospital Swasta. Hendak pergi ke Hospital Kerajaan semua amat susah untuk jumpa pakar
4) GST yang mungkin diperkenalkan tahun depan
5) Tarif elektrik yang mungkin naik lagi
6) Bilangan orang miskin yang masih ramai (Sepatutnya Paras Garis Kemiskinan ialah RM1500 bukan RM750)
7) Kes jenayah yang semakin menakutkan
8) Maksiat berleluasa
Dan banyak lagi........

Comments