PEMILIHAN MCA : YANG TUA MASIH KUAT NAFSU

Yang tua masih bernafsu, yang muda tak dapat sabar, yang betina menggedik-gedik, yang tak layak mengada-ngada. Itulah tafsiran yang dapat saya buat terhadap perkembangan perebutan kuasa dalam MCA sehingga ada yang sudah pencen dari politik pun keluar dari kepompong persaraan menawarkan diri untuk bertanding walaupun dirinya sendiri sudah expired dan lapuk.

Hari ini kuda tua MCA yang berasa awal, Ong Ka Ting tanpa segan silu kembali ke arena politik kerana beliau melihat inilah masanya untuk beliau kembali disanjung dan mendapat pangkat serta kuasanya kembali.

Walaupun sudah mengumumkan persaraanya suatu ketika dulu tetapi kerana peluang untuk berkuasa dan mendapat pangkat terhidang kembali maka tanpa rasa malu menebalkan muka menawarkan diri untuk bertanding jawatan no 1 dalam MCA.

Berselindung di sebalik alasan remeh dan biasa digunakan iaitu kemahuan dan desakan ahli hari ini Ka Ting mengesahkan yang beliau akan bertanding merebut jawatan tersebut. Setakat ini beliau dan Tee Keat sudah mengesahkan penyertaan mereka pada 28 Mac ini.

Comments