PELIK TAPI BENAR : EKONOMI PULIH BLR NAIK

Ini cerita negera Pasir Bedengung dan Pasir Dua Butir. Memanda menteri perdananya mengumumkan bahawa ekonomi negara tersebut semakin pulih dan baik. Tetapi bank-bank di dalam negara tersebut mengumumkan bahawa BLR dinaikkan.
Pada kebiasaanya jika ekonomi sesebuah negara dalam keadaan baik, bank-bank tidak akan menaikkan kadar BLRnya. Tetapi di negeri Pasir Bedengung lain pula ceritanya.
BANK tempatan negara tersebut menaikkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) masing-masing sejajar langkah Bank Negara Pasir Bedengung dan Pasir Dua Butir meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus, Khamis minggu lalu.

Mendahului senarai, Malayan Bedengung Bank (MBB) menyemak semula BLRnya daripada 5.55 peratus setahun ketika ini kepada 5.80 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini.

Bank terbesar negara itu berkata, kadar pembiayaan asas (BFR) Maybank Bedengung Islamic Bhd, turut disemak semula daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus.

Sementara itu, CIMBedengung Group bank kepunyaan adik memanda menteri perdana mengumumkan peningkatan BLR dan BFR untuk CIMBedengung Bank dan CIMBedengung Islamic Bank sebanyak 25 mata asas daripada 5.55 peratus kepada 5.80 peratus, mulai minggu lepas.

Comments

Rizzuan Shah said…
kurang faham ape itu BLR dan BFR. sbb sy tak belajar pasal bisness. :-) ape pun, thanks share info ni. kite sbg rakyat hanya ditipu hidup² oleh pucuk pimpinan negara.