JUAL GAJET SEKS : MELAKA PUN ADA OOO!

"Selama ini saya menjangkakan hanya di Kuala Lumpur sahaja ada di jual gajet seks. Rupa-rupanya di Melaka pun ada." kata Amid seorang penduduk Taman Pengkalan Jaya, Bukit Katil.

Beliau berkata demikian apabila ditunjukkan laporan sebuah akhbar harian tentang isu tersebut.

Akhbar itu hari ini melaporkan bahawa tindakan sebuah premis menjual peralatan seks secara terbuka membawa padah apabila diserbu dalam operasi sepasukan anggota polis di sebuah pusat membeli belah di Bandar Hilir, kelmarin.

Serbuan dilakukan jam 2.30 petang berkenaan selepas menerima maklumat awam berjaya merampas sejumlah 26 unit peralatan seks termasuk alat kelamin lelaki bergetar dan rantai kunci berbentuk kemaluan.

Difahamkan, premis terbabit turut menyalahgunakan lesen perniagaan ubat-ubatan untuk menjual gajet seks berkenaan sejak beberapa tahun lalu, dan pernah diserbu sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman, berkata dalam serbuan berkenaan pihaknya merampas pelbagai peralatan seks yang dipamerkan di premis terbabit selain menahan seorang jurujual wanita berusia 21 tahun untuk membantu siasatan.

"Kesemua peralatan yang dirampas terbabit dianggarkan bernilai RM4,000 dan dibawa masuk dari negara luar untuk dijual di negeri ini," katanya di Bandaraya Melaka, semalam.

Beliau berkata, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Comments

salam...jom tukar link...tq