Kini semuanya caca marba. Masing-masing mengaku dirinya pemegang jawatan yang sah.
Hari ini Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dari BN R.Ganesan membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh V. Sivakumar kerana didakwanya menyamar sebagai Speaker.
Ganesan berkata tindakan Sivakumar menggunakan kepala surat rasmi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak bagi menghantar notis persidangan DUN pada 30 Mac ini adalah satu bentuk jenayah penyamaran.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibupejabat Polis Daerah Ipoh tengah hari ini, beliau berkata Sivakumar telah dilucutkan jawatan sebagai Speaker pada 7 Mei 2009 melalui ketetapan DUN dan keputusan itu juga telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh sebagai satu prosiding Dewan.
"Mahkamah Tinggi Ipoh pada 8 September 2009 kemudiannya memutuskan bahawa pelucutan jawatan Sivakumar sebagai Yang DiPertua Dewan Negeri adalah sah dan mengesahkan pelantikan saya sebagai Tuan Yang DiPertua Dewan Negeri Perak baru,” katanya.
Beliau berkata tindakan Sivakumar menyamar sebagai Speakar itu juga berupa satu tindakan menghina mahkamah.
Semalam, YB V.Sivakumar mengaku bahawa beliau masih Speaker yang sah dan akan menghalang Menteri Besar 'mahkamah' Zambry Kadir dari menghadiri sidang DUN.
Inilah akibatnya apabila BN yang tamakkan kuasa melakukan apa sahaja untuk merompak kuasa. Akhirnya Sidang DUN jadi caca marba dan melucukan.
Comments
ppti94